24 Januari 2013

~ Salam Maulidurrasul...~




‎" Sesungguhnya ALLAH S.W.T dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W.. 
Wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu kepada Baginda RASULULLAH S.A.W serta ucapkanlah salam sejahtera dgn penghormatan sepenuhnya "

Salam Maulidurrasul...


#Cintailah Rasullulah sebagaimana beliau mencintai kita semua...Selawat buat Rasullulah....






(read more)

14 Januari 2013

~ Demam Peplum~


Peplum tgh 'In' skrg....
Sana sini org jual Peplum, pakai Peplum..
Owhhh sukee sgt.....
tp mencii dlm masa yg sama..
Kenapa?
Sbb x semua org sesuai pakai peplum.
Yg byk lemak kt perot tu ..sila hati2 kalo pakai peplum
silap hari bulan..nnti org tegur ~ "Bp bulan dh ni...?"
Kan naya...

Tuan punya blog pun tak ketinggalan nk mengayakan peplum....tapi.....
Tak berani nk beli sebarangan oleh krn sebab2 yg disebut kt atas tu lah...
Takmo terlalu ketat sampai nampak lekuk2 lemak...
So..hitam paling selamat....
Tambahan pulak..Kt Poplook ada saiz besar....
Selamatt........dptlah merasa pakai peplum :)


Tq Poplook, sbb merealisasikan impian nk pakai peplum!

#Ramai org dah tau pasal Poplook ni kot....


(read more)

10 Januari 2013

~ Endless Story ~


2009 ~ 2012

Byk meninggalkan kesan di hati. Segala mcm dugaan dan ujian yg ku lalui sepanjang tempoh 4 tahun ini. Manis, masin, pahit, masam, payau, tawar, semua rasa ada. Satu ketika rs sudah rebah menyembah lantai. Kaki terpaku hingga x mampu melangkah. Otak tepu utk memproses segala yg terjadi satu demi satu. Tahun demi tahun...semakin berat, bertambat berat dugaanNya. Tp syukurlah...Allah masih bg kekuatan dan kewarasan akal utk ku fikir...kunilaikan semula segala apa yg berlaku...Kenapa? Untuk apa? 

Mungkin juga utk menyedarkan aku dr lena yg panjang.....Dr rs terlalu selesa dgn kehidupan....Dr dosa2 yg diambil ringan....Dr rs alpa utk mengucap kesyukuran.....Dr hati yg jauh dr tuhan. Mungkin ini caranya utk Dia 'berbicara' dgnku. Ya Allah...sungguh akhirnya aku sedar dr lena yg panjang. Sesungguhnya terlalu byk kekhilafanku.......

Benarlah setiap apapun yg terjadi...pasti mempunyai hikmah tersendiri. Kini aku akui aku mula mengerti mengapa setiap kejadian itu menimpaku. Pd mulanya...mmg aku tersentak, marah, bingung, kecewa bila satu demi satu dugaan dtg menghimpit. Mmg aku marah....marah sgt2.....Tp akhirnya...aku memilih utk bertenang dan byk muhasabah diri... MUHASABAH DIRI! Ya.. itu kuncinya. Mmg selayaknya aku menerima semua itu...krn aku mmg punyai begitu byk kekhilafan....Aku memilih utk melihat setiap yang berlaku dr sudut yg positif....Aku cuba tukarkan kesedihan kepada kebahgiaan. Mmg sukar pd mulanya...Tp mulakan semuanya dgn niat. Hari2 niat utk berubah...utk tukar cara berfikir....utk cuba memperbaiki diri.....utk memberi yg terbaik bg semua org.....Aku percaya, niat yg baik pasti Allah akan perkenankan....Allah pasti akan bukakan jalan...dan buka ruang hati utk redha...lapang menerima segalanya...

Kini aku semakin tenang meniti hari2ku.....Bahagia akan datang seiring dgn hati yg tenang. Aku masih mencari redha dan ikhlas itu....Takkan pernah berhenti mencari krn sesekali tatkala aku duduk sendirian, rasa sayu dan pelbagai persoalan pasti dtg menjengah... Kalau hati ingin ikhlas, redha...maka tidak perlu lg aku persoalkan semua itu...sebaliknya menerima ketentuan Ilahi dgn berlapang dada..tp bukanlah bermakna aku mengalah dgn kehidupan....Aku akan tetap berjuang sepanjang perjalanan yg masih bersisa ini. Cuma bila di akhirnya...jika itu yg Dia dh tetapkan utkku....aku kena terima. 

Jalan hidupku, tak tau bila akan ternoktah. Mungkin sudah dekat msku utk pergi, mungkin jua masih jauh lagi perjalanan yg harus ku tempuhi....Mcmanapun hidup tetap perlu diteruskan dgn sebaiknya. Aku kini mencuba sedaya upaya melakukan yg terbaik dlm kehidupan ini. Aku telah bersedia utk menghadapi apa jua yg akan datang ....walaupun rs gentar itu masih ada.. Tak mengapalah..aku tau aku tidak keseorangan.....aku masih ada keluarga tercinta.....



A L L A H • I S • O U R • O N L Y • H O P E 

Ya ALLAH, give me EYES that see the best in people, 
a HEART that forgives the worst, a MIND that forgets the bad, 
and a SOUL that never loses faith.
Aamiinn...


# Hidup merupakan perjuangan yang tak sudah sudah

(read more)