19 Disember 2014

~ Bahagian hidup ~

 

".......Aku memang tak sekuat orang yang boleh stay tanpa rasa cinta. I just can't. Rasa macam 'barah' mereput makan tulang. 
So aku pilih untuk 'kimoterapi (bercerai)"
 ~ quote frm Faridah Noor dr blog Perempuan Joblo

 Sama mcm aku rasa. Aku juga rasa bila org dh tak cinta...buat pe nk tunggu, merayu? Bila org tanya mcmana boleh hadapi 2 kali perceraian. Aku takde jawapan utk itu. Aku cuma harung saja hidup ni. Cuma yg boleh aku jawap. Aku akui aku ni bukanlah penyabar sgt.. Sekali, 2,3 x aku boleh cuba sabar. Tp bila ditekan berkali2....aku mmg tak sanggup nk hadap. 

Tiada siapa yg kahwin utk bercerai. Aku pun sama. Kali pertama gagal..aku dh buat post mortem segala salah silap dan kelemahan aku utk diperbaiki. Perkahwinan kali ke dua.....aku dh buat sehabis baik. Tp org pulak tak nampak usaha aku tu. Aku sorg yg berusaha. Penat sgt beb! Aku mula rasa...kalau hidup berdua aku asyik terseksa mcm ni...what's the point hidup berdua? Baik aku single...x nyusahkan org...x sakit jiwa.

Aku respect org yg boleh bertahan dan sabar bertahun2. Sgt kagum. Aku tau bukan mudah bertahan.  Apapun semua org ingin bahagia. Kita yg memilih dan mencorakkan hidup kita sendiri. Tak perlu mempertikaikan sgt keputusan yg org lain ambil dlm hidup mereka. Suluh dan muhasabah hidup kita dan family kita sendiri. itu lebih baik dr sibuk jaga urusan org.

#sekadar mencuri ruang utk meluahkan apa yg terbuku di dada

4 ulasan:

  1. syahdu plak bca entry ni sabar ek kak yg belum kawen ni pon risau tapi klu tak kweng acaner plak kan ? moga lps ni akk akn ditemukan jodoh dgn org yg betul2 syg akk ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. naseb kita masing2 tak sama yunk....jgn fobia plak yaaa

      Padam