28 Mac 2014

~ Life goes on..........~



Kadangkala sunyi menghimpit..Sesekali rindu itu bertandang..seringkali mengenang naseb diri..
Namun mengalah takkan sekali..teruskan langkah biar onak ranjau berduri ....


Aku hari ini...Bertambah bolat, tapi sihat...
Alhamdulillah....takpe je kan???


# Senyum aje....InsyaAllah....


(read more)

27 Mac 2014

~ I've learned ..........~

 


I've learned that everything does happen for a reason.
I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, 
and it will be better tomorrow. 
I've learned that life sometimes gives you a second chance. 
I've learned not to take things too seriously because it just stresses you out too much.
I've learned that you have to make mistakes in order to learn from them

I've learned that eventually people will forget what you said, 
people will forget what you did, 
but people will never forget how you made them feel.

I've learned that...... I still have a lot to learn.

# Aku belajar...dlm hidup tak semuanya indah..tak semuanya bahagia..tak semuanya wangi..dan bahagia itu...terlalu mahal harganya.......


(read more)

20 Mac 2014

~ Hampir terlupa....Cukai!~


Eh eh eh....
Sekejap dh nk sampai ujung bulan 3 kan.
Aku ni duk rileks2 je..sampai lah terbaca kt blog2
cerita pasal bayo cukai...
Barulah teringat yg aku tak isi e-filling lg..
Tahun ni tahun ke 3 aku bayar cukai.
Dah 2 tahun aku kena bayar lagi cukai sbb tak cukup potongan bulanan tu..
huhhh.......buat aku jadi FOBIA je nk isi e-filling tu tahun ni..
Senang je isi e-filling ni...tak sampai 10 min dh siap!
Sekali uols dh buat pastu maklumat yg asas tu
otomatik dia akan masukkan utk tahun berikutnya..
Mcm jumlah gaji asas, imbuhan dan potongan cukai bulanan..
Just isi maklumat lain mcm potongan pelepasan tu jek.



e-filling done! Legaaaa.....

Alhamdulillah..tahun ni giliran LHDN pulak bayar lebihan cukai kat aku
Mcm tak sangkaa je aku..ingatkan aku kena tambah bayar lg..


# Yeayyy bulehlah buat supping duit lebih tu..........hik3x

(read more)

12 Mac 2014

~ Meowwww meowwww ~


*Entry tertangguh..

Aktiviti hampir sebulan lepas..nak cerita pun tak tau
nk tulis apa....Just letak pic jelah ye..hihih
Bagi peminat kucing mcm aku...mmg sukalah tengok pameran
kucing mcm ni...kebetulan buat kt Putrajaya...x jauh dr rumah..
free pulak.....terjahlahhh..........

# Ada rezeki nk bela juga sekor nnti...buat peneman.........


(read more)

10 Mac 2014

~ Doa buat MH370 ~


Hilang berita Hanez Suraya...muncul berita yg lebih menggemparkan satu negara
malah satu dunia. MasyaAllah...tragedi yg jarang2 berlaku...kini berlaku pd pesawat kita.
Siapa yg tidak terkesan dgn berita itu? 
Apatah lagi aku yg bekerja di DCA...Hari2 hidupku berkisar tentang penerbangan...
Hari2 melihat laluan kapal terbang..... turut membantu menerbitkan
 carta penerbangan utk laluan kapal2...

Huhh...sgt terkejut...tergamam....sedih dan pilu dgn berita itu.
Yg kita tak sangka akan berlaku pd kita..telah pun berlaku.
Ini Ujian Allah....ini dugaan buat kita semua...
Marilah sama2 kita doakan, agar kapal MH370 dpt ditemui semula..
walau apapun keadaannya....walaupun mungkin tiada survivor..
biarlah kubur mereka bertanda!



Berhari2 menahan air mata...tp hari ni rs nk burst!
Terlalu sayu mengenangkan naseb penumpang dan anak kapal MH370..
walaupun di dlm tu bukan siapa2 bg aku pun..
tapi semuanya atas naluri kemanusiaan..


# Ya Allah, kau berilah sedikit petunjuk...kau berilah sesuatu yg positif dlm usaha pencarian itu. Hanya Kau yg berkuasa atas segalanya...

(read more)

7 Mac 2014

~ Insan Yg Diuji ~

 

**Rentetan Kisah Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan.



Terpanggil utk mencoretkan sesuatu bila membaca kronologi kisah insan2 yg disebut di atas. Rasanya ramai pun dh tau tentang kisah mereka ni. Satu Malaysia dan kecoh. Hati tercuit dan berdarah bila membaca komen dari salah seorang pembaca di laman Beautifulnara.com ;

"Liyana oh Liyana, kau da tau laki ko byk duit naper ko x usaha jaga dia, macam mana betina sundal tu bole rapat, sbb ko yg salah bagi peluang, penampilan ko x jaga, mkn minum laki ko mcm mana, tempat tido dia mcm mana, kalau semua da ok aku x rasa jantan mkn luar, byk jugak doa2 ko bole amalkan supaya laki ko x terlepas kat tgn bitch tu naper x buat…sekarang nasi da jadi bubur berendam airmata la ko Liyana hai…"

Sedihnya baca ayat kat atas tu. Tertanya2 samada pengirimnya seorang lelaki atau wanita...(Named as "Anynomous") Seorang bujang atau isteri org...Mungkin juga dia wanita yg belum berkahwin lalu sewenangnya melontarkan buah fikiran yg sempit spt di atas. Tak mungkin ar seorang wanita bergelar isteri tergamak keluarkan komen mcm tu. Mungkin juga dia seorang wanita yg sentiasa bahagia yg tidak tau rasa sakitnya hati seorang isteri...

Aku bukan Liyana. Tapi aku perempuan..aku juga pernah jadi seorang isteri. Jujur, aku juga pernah melalui episod spt mereka. Jadi aku tau. Aku rasa betapa sakitnya bila org menuduh si isteri yg suaminya beralih arah sebagai seorang isteri yg tidak tau menjaga suami. 

Bagi aku...seorang isteri...dia hanya manusia biasa...tidak perfect...tidak sunyi dr salah silap..pasti ada kekurangan di mana2. Tapi...aku juga percaya walau apapun...seorang isteri, jika benar menyintai suami..pasti akan menjaga..melayan..malah mungkin mengabdikan diri sebaik mungkin utk suaminya... Siapa kita utk menuduh seorang isteri tidak melayan suaminya dgn baik? Kita taukah apa yg dia lalui selama hidup dgn si suami tu?

 Ya mungkin ada kes2 dimana isteri mengabaikan suami..isteri tak peka dgn kehendak suami...isteri yg nusyuz... tapi adakah dgn membiarkan diri tergoda dgn wanita lain itu jalan penyelesaiannya? Adakah itu beri dia lesen utk curang? Sejauh mana seorang suami dapat mengkebalkan hatinya dari terusik dgn kehadiran, godaan..ramai wanita lain yg lebih cantik, seksi, manja menggoda di luar sana? Hakikatnya....walau sebaik mana..secantik mana pun isteri....bila hati suami sudah diketuk dgn panahan asmara kali kedua....mmg yg cantik..yg baik itu tetap nampak 'cacat' di matanya. Yg cantik, yg baik..yg elok hanyalah si org ketiga itu.

Buat Liyana M, semoga awak tabah lalui semua ni..Harap kes penceraian tu dpt selesai dgn mudah. Bina hidup baru..dan moga ada sinar bahagia buat awak menunggu di ms depan...

# Ooo utk pengetahuan semua...aku sudah kembali berstatus solo. Dah agak lamalah juga...cuma aku yg tidak bersedia utk mewarwarkan. Sendiri lebih baik kot..dr hidup berpura2 bahagia hakikatnya bertemankan air mata. Aku mmg tak bernaseb baik spt org lain..bila tiba bab cinta. Tak mengapalah...aku terima takdir hidupku dgn redha. Byk benda yg aku pelajari dr apa yg berlaku. Semuanya tidak menjadikan aku makin lemah..tp sebaliknya...InsyaAllah...

(read more)