7 Mac 2014

~ Insan Yg Diuji ~

 

**Rentetan Kisah Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan.



Terpanggil utk mencoretkan sesuatu bila membaca kronologi kisah insan2 yg disebut di atas. Rasanya ramai pun dh tau tentang kisah mereka ni. Satu Malaysia dan kecoh. Hati tercuit dan berdarah bila membaca komen dari salah seorang pembaca di laman Beautifulnara.com ;

"Liyana oh Liyana, kau da tau laki ko byk duit naper ko x usaha jaga dia, macam mana betina sundal tu bole rapat, sbb ko yg salah bagi peluang, penampilan ko x jaga, mkn minum laki ko mcm mana, tempat tido dia mcm mana, kalau semua da ok aku x rasa jantan mkn luar, byk jugak doa2 ko bole amalkan supaya laki ko x terlepas kat tgn bitch tu naper x buat…sekarang nasi da jadi bubur berendam airmata la ko Liyana hai…"

Sedihnya baca ayat kat atas tu. Tertanya2 samada pengirimnya seorang lelaki atau wanita...(Named as "Anynomous") Seorang bujang atau isteri org...Mungkin juga dia wanita yg belum berkahwin lalu sewenangnya melontarkan buah fikiran yg sempit spt di atas. Tak mungkin ar seorang wanita bergelar isteri tergamak keluarkan komen mcm tu. Mungkin juga dia seorang wanita yg sentiasa bahagia yg tidak tau rasa sakitnya hati seorang isteri...

Aku bukan Liyana. Tapi aku perempuan..aku juga pernah jadi seorang isteri. Jujur, aku juga pernah melalui episod spt mereka. Jadi aku tau. Aku rasa betapa sakitnya bila org menuduh si isteri yg suaminya beralih arah sebagai seorang isteri yg tidak tau menjaga suami. 

Bagi aku...seorang isteri...dia hanya manusia biasa...tidak perfect...tidak sunyi dr salah silap..pasti ada kekurangan di mana2. Tapi...aku juga percaya walau apapun...seorang isteri, jika benar menyintai suami..pasti akan menjaga..melayan..malah mungkin mengabdikan diri sebaik mungkin utk suaminya... Siapa kita utk menuduh seorang isteri tidak melayan suaminya dgn baik? Kita taukah apa yg dia lalui selama hidup dgn si suami tu?

 Ya mungkin ada kes2 dimana isteri mengabaikan suami..isteri tak peka dgn kehendak suami...isteri yg nusyuz... tapi adakah dgn membiarkan diri tergoda dgn wanita lain itu jalan penyelesaiannya? Adakah itu beri dia lesen utk curang? Sejauh mana seorang suami dapat mengkebalkan hatinya dari terusik dgn kehadiran, godaan..ramai wanita lain yg lebih cantik, seksi, manja menggoda di luar sana? Hakikatnya....walau sebaik mana..secantik mana pun isteri....bila hati suami sudah diketuk dgn panahan asmara kali kedua....mmg yg cantik..yg baik itu tetap nampak 'cacat' di matanya. Yg cantik, yg baik..yg elok hanyalah si org ketiga itu.

Buat Liyana M, semoga awak tabah lalui semua ni..Harap kes penceraian tu dpt selesai dgn mudah. Bina hidup baru..dan moga ada sinar bahagia buat awak menunggu di ms depan...

# Ooo utk pengetahuan semua...aku sudah kembali berstatus solo. Dah agak lamalah juga...cuma aku yg tidak bersedia utk mewarwarkan. Sendiri lebih baik kot..dr hidup berpura2 bahagia hakikatnya bertemankan air mata. Aku mmg tak bernaseb baik spt org lain..bila tiba bab cinta. Tak mengapalah...aku terima takdir hidupku dgn redha. Byk benda yg aku pelajari dr apa yg berlaku. Semuanya tidak menjadikan aku makin lemah..tp sebaliknya...InsyaAllah...

7 ulasan:

  1. kakkkk lama menyepi...rsa nk nangis baca ni T__T akk tabah n kuat kn hati ek, Tuhan nk bagi akk yg lebih baik take care dear ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih ida...InsyaAllah akak kuat lg nk lalui semua ni... :)

      Padam
  2. Balasan
    1. cam sekot kan..jap ade jap takde...hihih

      Padam
  3. Moga gee tabah ...smuanya adalah ketentuan hanya dia yg maha mengetahui apa yg terbaik utk kite....

    BalasPadam
  4. Kak gee, baru baca ni...moga kak gee tabah...mungkin ada yg lebih baik menanti kak gee.

    BalasPadam